Friday, 30 May 2014

Kena Halau !!!!

Huh.. istilah ni memang sangat kasar kan? tapi apakan daya hanya itu yang mampu terungkap di bibir ini. kenapa? apakah? bagaimanakah? siapakah? Jangan terkejut. ni bukan kena halau family atau saudara mara..ni la situasi kami sekarang... kami yang selama ni setia sangat duduk kolej ni sampai la sem 6 la katakan akhirnya berjaya dihalau oleh kolej yang dirahsiakan namanya. Kami tu siapa? Sdh tentulah housemate dan termasuklah sya. Kenapa boleh terjadi? Entahlah nak.. sampai ke saat ini kami berasa sangat tidak puas hati. hendak dikatakan tidak aktif ada juga program yang kami join.. tapi yang pelik sangat ada plak student yang hanya sekali dua join program boleh dapat stay kolej.. So.. dimanakah hak kami? Tapi takpe always think positive. Nak buat macam mana kan..

Nak dipendekkan cerita la kan,, walaupun dengan hati yang sedikit terguris ni kami pun pergilah mencari rumah sewa untuk sem depan. Walaupun pihak pentadbiran tu suruh kami buat rayuan,, kami langsung tidak mengendahkannya..Tak nak cakap lebih takut nnt kena sound plak.. hihhihi.. Nasib badan. Berbalik plak sal isu rumah sewa.. kami pun akhirnya dapatlah rumah sewa idaman tu.. Idaman ke? hihii.. Janji dapat rumah okay la tu kan. hihi. Berkenaan deposit plak,, mulanya terbeliak biji mata dengar.. RM300 bukan nilai yang sikit. Lain la kalau anak orang kaya.. Kena plak hujung sem.. alamak cri duit mana ni? Duit PTPTN pun tak sampai dengan nilai deposit tu.  Namun ada insan yang baik hati sudi menolong saya ni.. Siapa insan tersebut??? Nanti kita ceritakan ek utk entry yang lain la. hiihi.

So,, deposit dh bayar+tiket flight dah beli+tiket bas dah beli... kiranya suma dah settle la.. cuma sekarang dalam proses memindahkan barang je lagi tinggal. Lega rasa hati ini. pasni duduk rumah sewa bolehlah masak sepuas hati hihihi.. Nak masak apa pun boleh..

Sebenarnya, kami duduk rumah sewa ni pun ada motif tersendiri.. Sbbnya sem depan kami tidak balik ke kampung halaman untuk midsem sebulan 2. sbb tu la. hihihi.

Ok bai....


No comments:

Post a Comment