Tutorial

JEPUN SATU-SATUNYA NEGARA ASIA YANG BERJAYA MENGALAHKAN DAN MENUNDUKKAN KUASA-KUASA BESAR IAITU KUASA EROPAH PADA ABAD 19-20..

1.0              PENGENALAN

Pemulihan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun. Sebelum Meiji mengambil alih kuasa, pemerintahan Jepun adalah dibawah naungan Shogun Tokugawa. Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616 dan merupakan pemimpin yang teragung di Jepun dalam abad ke 17. Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan Kerajaan Tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun sehinggalah kejatuhannya apabila kuasanya diambil alih oleh Maharaja iaitu pada tahun 1868.[1] Taakulan asas pemulihan yang dilaksanakan oleh Maharaja Meiji telah mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi. Ianya merupakan suatu kedudukan yang sebelum ini telah ditandakan oleh permulaan suatu era baru yang dikenali sebagai Era Meiji dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo (kini dikenali sebagai Tokyo).[2] Era Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Pemodenan Era Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau Asia Timur.

Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat jepun yang melampau, telah menjadikan Jepun sebagai negara penakluk. China merupakan mangsa pertama kerana yang menjadi negara taklukan Jepun. Sejak kejayaanya mengalahkan China dalam tahun 1894 sehingga 1895, Jepun mula menonjolkan dirinya sebagai satu kuasa terunggul di sebelah Timur. Selepas kejayaannya ketika Perang China-Jepun, meletus pula Perang Rusia-Jepun pada 1904-1905 yang juga memihak kepada Jepun. Jepun juga telah merampas Korea pada 1910, campur tangan di Siberia pada 1917 dan pada tahun yang sama tanpa menghiraukan kedaulatan negeri China, Jepun cuba menduduki wilayah Shantung, menakluki Manchuria pada 1931, menceroboh China pada 1937 dan akhirnya dengan perasaan sombong memulakan Perang Pasifik pada 1941.[3]

2.0               POLITIK

2.1              Jepun Menjalankan Dasar Imperialisme

Permodenan Jepun yang bermula selepas pemerintahan Maharaja Meiji telah membawa negara itu ke era penuh kemajuan. Politik dan ekonomi feudal Jepun telah diganti dengan sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Secara tidak langsung, permodenan Jepun berjaya mengelakkan ia menjadi mangsa penjajahan Barat. Pada penghujung abad ke-19, sebaik sahaja berjaya memansuhkan perjanjian berat sebelah (unequal treaty) yang dibuat dengan Barat pada zaman Tokugawa dahulu, Jepun mula melancarkan dasar luar yang lebih agresif di Asia Timur, terutamanya terhadap China. Peningkatan minat kuasa Barat meluaskan cengkaman masing-masing di China setelah negara itu kalah kepada Jepun dalam perang pada tahun 1894 juga mendesak Jepun untuk terlibat sama dalam perlumbaan membuka kawasan pengaruh di negara yang sangat berpotensi dalam melengkapi keperluan industrinya. [4]

Kejayaan Jepun telah mengubah tindakan mereka menjadi sebuah negara penakluk. Faktor-faktor ekonomi, semangat nasionalisme yang melampau dan tekanan  politik serta tentera menyebabkan Jepun menyertai kuasa-kuasa Barat menjadi negara penakluk. Mangsa pertama Jepun ialah Negara China. Peristiwa pembunuhan seramai 54 orang nelayan Kepulauan Ryukyu di Taiwan pada tahun 1874 menjadi alasan bagi Jepun untuk menuntut Kepulauan Ryukyu dan ganti rugi. Negara China terpaksa melayani tuntutan Jepun itu.[5] Pada tahun 1894 sehingga 1895, berlaku siri peperangan antara China dan Jepun yang dikenali Perang China-Jepun. Jepun berjaya mengalahkan China sehingga menyebabkan China terpaksa menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh Jepun. Pada 17 April 1895, Perjanjian Shimonoseki ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Perjanjian tersebut memberi hak kepada Jepun ke atas Taiwan, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liaotung. Namun, Semenanjung Liaotung dikembalikan semula kepada Negara China akibat bantahan daripada Jerman, Rusia dan Perancis.

Seterusnya, Jepun melihat Korea sebagai kawasan strategik dan mempunyai kepentingan ekonomi. Jepun menganggap Korea merupakan sebuah kawasan yang boleh melindungi negaranya kerana Korea boleh digunakan sebagai medan pertempuran bagi menggelakkan negara matahari terbit itu menerima kehancuran apabila berlakunya peperangan. Salah satu faktor berlakunya Perang China-Jepun adalah disebabkan berlakunya krisis dalam Korea sehingga menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Tonghak.[6] Korea sangat penting bagi Jepun dari segi strategi sekiranya Jepun berhasrat memperluaskan tanah jajahannya hingga ke Manchuria dan China. Korea akan dapat dijadikan batu loncatan bagi melangkau lebih jauh lagi dalam menggapai cita-cita imperialisme Jepun. Oleh sebab takut akan ancaman luar khususnya Rusia dan ingin menguasai Korea daripada Negara China, maka Jepun bertindak memaksa Korea pada 26 Februari 1876, menandatangani perjanjian perdagangan dan persahabatan. Perjanjian itu menyatakan pembukaan tiga pelabuhan Korea iaitu Pusan, Inchon dan Wonsan. Jepun juga telah mengiktiraf kemerdekaan Korea. [7]

Perang China-Jepun menjelaskan bahawa Jepun menjadi kuasa besar Asia. Menjelang awal abad 20, ia berdepan pula dengan Rusia. Krisis Rusia-Jepun berpunca daripada masalah Manchuria dan Korea. Rusia dikatakan semakin berminat dengan Manchuria. Manakala, Perjanjian Li-Lobanov pada Jun 1896 antara Rusia dan Negara China telah menyetujui pembinaan Jalan Kereta Api Trans-Siberia Manchuria. Perkhimatan kereta api ini secara rasminya dibuka oleh Czar Nicholas II pada tahun 1891 yang menyambungkan Vladivostok dengan Russia di sebelah Eropah.[8] Seterusnya pada Mac 1898, Rusia mendapat pajakan 25 tahun ke atas bahagian Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Arthur dan Dairen. Sebelum ini Jepun ditekan oleh Rusia agar tidak mengambil Semenanjung Liaotung tetapi pajakan ke atas semenanjung ini mencerminkan sikap Rusia yang ingin meluaskan pengaruhnya ke Asia Timur.

Bagi mengawal kuasa Rusia di Asia Timur, Jepun telah mengambil jalan kekerasan. Oleh sebab itu, berlaku Perang Rusia-Jepun pada 10  Februari 1904 dan akhirnya melalui perang ini ianya menyebelahi pihak Jepun. Pada 5 September 1905, Perjanjian Portsmouth telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Dalam perjanjian tersebut, Rusia mengakui kepentingan-kepentingan Jepun di Korea. Manakala, pajakan Rusia ke atas Semenanjung Liaotung dan jalan kereta api dari Port Arthur ke Mukden diserah kepada Jepun. Selain itu, Rusia terpaksa menyerahkan pula bahagian selatan Pulau Shaklin. Kejayaan Jepun ini meletakkan Jepun sebagai kuasa besar dunia. Selepas perjanjian tersebut, Jepun semakin melampau apabila berjaya menakluk Korea pada tahun 1910. [9]

Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama meletus di Eropah dan kuasa-kuasa Barat terpaksa menumpukan perhatian mereka di Eropah. Perang ini membolehkan Jepun untuk menguatkan kepentingan dan pengaruhnya di Asia Timur. Untuk mendapat sokongan kuasa British dan Amerika Syarikat serta sekutu mereka, Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Dasar ini ternyata berhasil apabila Jepun diberi mandat untuk melumpuhkan kedudukan Jerman di Asia Timur. Jepun telah menawan Teluk Kiaochow dan merampas konsesi-konsesi Jerman di Shantung. Manakala, beberapa pulau kepunyaan Jerman di Lautan Pasifik seperti Kepulauan Mariana, Carolina dan Marshall juga telah ditawan.

Pada 18 Januari 1915, Jepun telah memberi penekanan terhadap China dengan membuat Dua Puluh Satu Tuntutan ke atas Negara China. Kesibukan kuasa-kuasa Barat di Eropah memberi jalan yang luas kepada Jepun memaksa China menerima tuntutan mereka. Dua Puluh Tuntutan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu :[10]

1.      Mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung
2.      Kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Mongolia Dalam
3.      Usaha sama Jepun-China dalam industry besi keluli
4.      Tidak akan menyerah mana-mana kawasan perairan kepada kuasa ketiga
5.      Jepun mengawal beberapa pentadbiran tempatan penting di China.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat pada 1918, negara yang menang termasuk Jepun mengadakan satu persidangan damai di Paris. Akhirnya terbentuklah Perjanjian Versailles yang telah memutuskan bahawa semua hak Jerman di Shantung akan diserahkan kepada Jepun. Manakala Kepulauan Carolina, Marshall dan Marina akan ditadbir oleh Jepun sebagai wilayah mandat Liga Bangsa-Bangsa. Perjanjian Versailles seolah-olah memberi pengiktirafan kepada Jepun untuk menjadi kuasa imperialisme baru di Asia Timur. Manakala bantahan China terhadap perjanjian tersebut tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Barat malah tuntutan tersebut dipersetujui oleh pihak Barat.[11]

2.2         Kekuatan Organisasi Ketenteraan

Salah satu faktor mengapa Jepun dianggap sebagai kuasa imperialis yang sangat kuat di Asia adalah disebabkan kekuatan tenteranya. Kekuatan tentera Jepun membuatkan Jepun lebih agresif dan menjadi kuasa penakluk.  Permodenan dan pembesaran angkatan tentera mendapat perhatian utama sejak Maharaja Meiji mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun daripada pemerintahan Shogun. Maharaja Meiji sedar bahawa kekuatan bangsa barat adalah terletak pada persenjataan yang moden. Oleh sebab itu, untuk menandingi bangsa barat Jepun haruslah mempunyai senjata-senjata dan tentera moden. Pihak tentera telah merangkumi bidang kuasa politik yang luas. Maka di atas dasar ini, kerajaan Jepun memberi keutamaan terhadap pembangunan angkatan tentera darat dan laut.[12]
Dalam membentuk satu pasukan ketenteraan yang moden, Yagamata Aritmomo dari Choshu merupakan salah satu tokoh yang penting dalam hal yang berkaitan kenteraan. Seperti negara-negara Barat, Jepun telah mengadakan undang-undang kerahan tenaga kepada pemuda-pemuda berumur 20 tahun dalam tahun 1872. Dalam tahun 1873, Jepun telah berjaya membentuk Tentera Kebangsaan Jepun yang mana anggotanya diambil dari segenap lapisan masyarakat, tidak dimonopoli oleh golongan samurai seperti zaman lampau. Pada 1878,  Semangat Ketenteraan diwujudkan bertujuan menanamkan semangat keperwiraan, taat setia dan mengikut perintah. [13]
            Angkatan Laut Jepun juga tidak lepas dari mengalami permodenan. Puak Satsuma yang terkenal sebagai kaum pelaut adalah bertanggungjawab dalam kebangkitan angkatan laut sebagai satu angkatan laut yang kuat. Dalam perkara-perkara mengenai angkatan laut, Jepun menumpukan perhatian ke Britain untuk mendapatkan pegawai-pegawai bagi melatih angkatan laut Jepun kerana Britain terkenal sebagai kuasa terkuat dalam angkatan laut. Kapal-kapal perang bagi angkatan laut Jepun dibeli dari Britain. Namun demikian, Jepun telah berusaha untuk membina kapal perangnya sendiri. Pada tahun 1875, Jepun telah berjaya membina dua kapal perang di limbungan Nagasaki. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh Jepun telah berjaya membentuk satu pasukan tentera yang benar-benar moden dan kuat. Sebagai contoh kejayaan Tentera Kebangsaan Jepun dalam tahun 1877 apabila tentera Jepun telah menumpaskan pemberontakan golongan samurai pemimpin Saigo Takamori. Tentera Kebangsaan yang telah terlatih secara barat dengan mudah sahaja mengalahkan pemerontakan itu.[14]

            Kekuatan angkatan laut Jepun terbukti apabila Angkatan Laut Jepun berjaya mengalahkan Angkatan Laut China di Muara Sungai Yalu dalam bulan September 1894 ketika berlakunya Perang China-Jepun. Sebelum peperangan itu meletus, Jepun menganggap bahawa negara tersebut tidak yakin boleh mengalahkan China. Namun akhirnya, China mengalami kekalahan dalam perang tersebut. Begitu juga ketika Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang mana pihak Jepun berjaya mengalahkan angkatan laut Rusia dalam pertempuran di Selat Tsushima. Kejayaan angkatan laut Jepun dalam kedua-dua pertempuran itu, tidak sahaja menaikkan imej bangsa Jepun malahan nama pegawai-pegawai Inggeris juga turut harum kerana latihan yang diberikan kepada angkatan laut Jepun. Begitu juga dengan senjata dan peralatan perang mahupun kapal-kapal perang yang dibeli dari Barrow, Elswick dan Sheffield di England.[15]

3.0 Ekonomi Jepun

i)                    Perindustrian
Setelah pemulihan Meiji berlaku, para pemimpin Meiji giat berusaha memperkukuhkan kedudukan ekonomi di negara mereka. Tindakan beberapa kuasa Barat memperhebatkan tekanan politik keatas China dalam tahun 1880-an memuncakkan lagi perasaan terancam dalam kalangan para pemimpin Jepun. Perkembangan tersebut mendorong para pemimpin mempergiatkan pelancaran program-program pemodenan dan industrialisasi secara besar-besaran di Jepun.
Rancangan permodenan dan proses perindustrian di Jepun telah pun dimulakan sebaik sahaja berlakunya proses Pemulihan Meiji. Rancangan pemodenan dan perindustrian tersebut digemblengkan melalui tiga bentuk program yang dikenali sebagai Fukoku-kyohei (menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang kaya dan mempunyai angkatan tentera yang kuat), Shokusan-Kogyo(mengembangkan industri dan meningkatkan perniagaan) dan Bumnmei-Kaika (membangunkan sebuah bangsa Jepun yang berkesedaran dan bertamadun).
Sepanjang era Meiji, para pemimpin Jepun sentiasa memberikan keutamaan ketiga-tiga program tersebut. Mereka percaya bahawa perindustrian merupakan cara terbaik bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi, politik dan kekuatan angkatan tentera Jepun. Melalui ketiga-tiga program tersebut, para pemimpin Jepun berharap ia dapat mengangkat kedudukan bangsa Jepun sebagai Shujiu-minzoku atau master race sehingga mengatasi bangsa-bangsa lain di dunia.
Walaupun kerajaan dan pemimpin Jepun begitu ghairah melopori proses pemodenan dan industrialisasi di negara mereka, tetapi mereka sentiasa mengambil langkah tersebutdengan penuh berhati-hati. Contohnya, walaupun pada peringkat awal, Jepun mengalami masalah besar dari segi modal, namun para pemimpin negara itu mengambil keputusan tidak menggunakan modal dan pelabur asing bagi menggerakkan proses industrialisasi di negara mereka.[16] Mereka terpaksa berhati-hati terhadap modal asing kerana beranggapan bahawa kemasukan modal dan pelabur asing akan menyebabkan Jepun terus bergantung kepada negara luar dan akan membuka jalan kepada bertapaknya kepentingan asing dalam ekonomi negara mereka. Oleh kerana mereka tidak mahu bergantung kepada modal dan pelabur asing, maka mereka berusaha dengan gigih menggembleng semua sumber dalam negeri bagi mencapai matlamat mewujudkan sebuah negara yang maju  dan bebas daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.
Kejayaan Jepun membangunkan ekonomi tanpa banyak bergantung kepada penglibatan kuasa-kuasa Barat akhirnya membolehkan Jepun muncul sebagai satu-satunya negara bukan Barat yang memiliki sektor perindustrian yang maju. Pencapaian itu telah dapat mengelakkan negara itu daripada menjadi anggota kelab “negara dunia ketiga” tidak sebagaimana yang dialami oleh kebanyakkan negara Asia lain.
Pada penghujung abad ke-19, kejayaan proses industri Jepun telah menyedarkan para pemimpin Jepun bahawa ekonomi Jepun sangat rapuh disebabkan oleh kekurangan bahan mentah di negara itu. Mereka mendapati semakin maju industri di negara itu, semakin besar pergantungan mereka terhadap bahan mentah dari luar negeri.Selain itu, Jepun juga memerlukan pasaran yang lebih luas bagi mengembangkan lagi potensi sektor berkenaan. Para pemimpin Jepun sedar, bahawa ketiadaan bahan mentah dan pasaran luar serta kelemahan kuasa beli akan menjadi ancaman kepada negara itu untuk mempertingkatkan keupayaan industri dan memantapkan kedudukan ekonominya. Justeru itu, mereka mendapati salah satu cara untuk mengurangkan pergantungan Jepun kepada bahan mentah dari negara Barat khususnya Amerika Syarikat dan memenuhi keperluan pasaran negara itu ialah dengan menjadikan Asia Timur, khususnya Korea dan China bukan sahaja sebagai pembekal bahan mentah bahkan juga sebagai pasaran barangan industri negara itu.[17]
Misalnya, kesan daripada usaha untuk memodenisasi negara tersebut, Jepun mengalami masalah kewangan yang serius dan inflasi kian meningkat serta kos kehidupan mula melambung tinggi di bandar-bandar. Petani-petani Jepun juga dibebani dengan cukai-cukai yang tinggi.Kesatuan-keastuan sekerja telah diharamkan dan pekerja-pekerja terpaksa bekerja lebih masa dan dibayar dengan upah yang rendah.Masalah ekonomi yang dihadapi telah mendorong Jepun untuk meluaskan kuasanya di Korea.Kerajaan Meiji telah memperolehi banyak faedah ekonomi hasil Perjanjian Chemulpo (1876) dengan mengeksploitasi pasaran dan sumber-sumber asli di Korea.[18]Jepun juga telah mendirikan kilang-kilang kain dan kertas di Korea dan syarikat-syarikat Jepun juga telah membeli beras, kacang soya, kulit lembu, emas dan lain-lain pada harga yang rendah serta memperoleh banyak keuntungan.[19]
Sementara itu, selepas kemenangan Jepun keatas Rusia dalam perang Rusia-Jepun pada tahun 1904, secara rasminya telah membolehkan Jepun berada sebaris dengan kuasa kolonial Barat di Asia. Kuasa-kuasa Barat lain mula berasa bimbang terhadap kemunculan negara tersebut. Kemunculan kuasa Jepun bukan sahaja akan merancakkan lagi persaingan politik di Asia Timur, malahan  akan menggugat  kepentingan ekonomi mereka.[20]Namun, selepas perang tersebut juga, ekonomi Jepun mengalami keadaan yang agak buruk.Ekonomi Jepun merosot dan rakyat terpaksa menanggung bebanan cukai demi mempertahankan keselamatan negara.Disebabkan itu, Jepun telah menceburi bidang perusahaan berat terutamanya membina kilang-kilang membuat alat-alat senjata.Jepun sedar untuk menjadi sebuah negara imperialis, Jepun perlulah mengeluarkan sendiri alat kelengkapan perang tanpa mengharapkan bantuan daripada negara-negara luar.
Peningkatan ekonomi Jepun dalam Perang Dunia Pertama ini memperlihatkan permintaan besar bagi barang-barang Jepun di luar negeri terutamanya senjata dan alat-alat perang bagi sekutunya di Eropah. Sekutu-sekutu Jepun seperti Britain, Perancis dan Itali masing-masing berlumba-lumba mengeluarkan senjata dan alat pertahanan, sehinggakan mereka tidak membekalkan barang-barang buatan mereka ke pasaran-pasaran seperti China, Asia Tenggara dan bahagian-bahagian lain dunia. Jadi, kesempatan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh Jepun untuk meluaskan pasaran barangannya ke kawasan-kawasan tersebut dan memberikan keuntungan yang besar kepada Jepun.
Perang Dunia Pertama telah memberikan manfaat yang besar kepada Jepun terutamanya dari aspek ekonomi Jepun.Kesan daripada Perang Dunia Pertama, pihak Berikat telah mula mermbuat tempahan senjata dan peralatan-peralatan perang buatan Jepun. Di samping kapal-kapal dagangan Jepun telah mengambil alih pengangkutan perdagangan di dunia disebabkan kebanyakkan kapal-kapal Eropah telah terpaksa balik ke sana. Selain itu eksport kain Jepun juga telah meningkatkan hasil penjualan kain di Asia Tenggara yang sebelum ini, pengeluaran dan pembekal kain telah dimonopoli oleh Britain, Jerman dan Perancis. Eksport kain kapas Jepun antara tahun 1913 sehingga tahun 1918 telah bertambah iaitu daripada 412 juta ela kepada 1174 juta ela. Dalam waktu yang sama juga, bilangan kapal perdagangan meningkat daripada 1.5 juta tan menjadi 3 juta tan. Hasil pendapatan perkapalannya pula telah meningkat daripada 41.2 juta yen kepada381.4 juta yen.Perdagangannya sahaja menghasilkan sejumlah 1.2 billion yen.Hasil pertanian Jepun juga telah meningkat daripada 16 % menjadi 29 %.[21]Kadar import pula bertambah sebanyak 760 %. Aktiviti perdagangan telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda iatu sebanyak 760 % dalam tahun yang sama. Nilai pengeluaran perindustrian juga turut bertambah daripada 1.4 trillion pada tahun 1914 kepada 3.42 trillion dalam tahun 1921.
Namun, peningkatan ekonomi Jepun tidak kekal lama.Setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1919, permintaan alat-alat senjata dan pertahanan di Eropah turut merosost.Setelah perang tamat, negara-negara Barat mula meningkatkan semula pasaran-pasaran lama mereka di Asia Tenggara dan China.Keadaan ini mengakibatkan kemelesetan ekonomi Jepun menjelang tahun 1920.

ii)                  Wilayah dan Pelabuhan Jepun
Pemodenan di negara Jepun yang bermula pada tahun 1868 telah membawa negara tersebut ke era penuh kemajuan. Sistem ekonomi yang bercorak feudal ditinggalkan dan digantikan dengan ekonomi gaya Barat. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mendorong Jepun menyertai negara-negara Barat untuk menjadi negara penakluk.Mangsa pertama Jepun ialah negara China.Misalnya, pada 17 April 1895, perjanjian Shimonoseki telah ditandatangani antara pihak Jepun dan China.Melalui perjanjian tersebut, Jepun telah mendapat hak ke atas Taiwan, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liaotung. Namun, akhirnya Semenanjung Liatong terpaksa dikembalikan  semula kepda China kerana mendapat bantahan daripada Jerman, Rusia dan Perancis.[22]

Sebelum itu, pada tahun 1875 satu persetujuan sempadan telah ditandatangani antara Jepun dengan Rusia dimana Jepun menggugurkan tuntutannya ke atas Sakhlin sebagai ganti terhadap Kepulauan Kurile. Persetujuan ini bermaksud bahawa Rusia mengiktiraf kuasa Jepun keatas Hokkaido.Kemudia dalam tahun 1879, Kepulauan Ryukyu atau Okinawa telah diserap sebagai wilayah Jepun.Kepulauan Okinawa telah lama mengekalkan hubungan jajahan takluk dengan negara China.Namun demikian, dalam tahun 1879 kepulauan ini telah dijadikan sebahagian daripada wilayah Jepun apabila mereka diberi status wilayah (prefecture) oleh Kerajaan Meiji.[23]
Seterusnya Jepun juga berminat untuk menguasai Korea.Jepun melihat Korea sebagai kawasan yang strategik dan mempunyai kepentingan ekonomi.Selain itu, disebabkan takut dengan ancaman kuasa luar terutamanya Rusia, Jepun telah memaksa Korea untuk untuk menandatangani satu perjanjian perdagangan dan persahabatan pada 26 Februari 1876.Hasil perjanjian itu, Korea telah membuka tiga pelabuhannya kepada Jepun iaitu Pusan, Inchon dan Wonson.
Selain itu, awal abad ke-20 memperlihatkan terjadinya krisis antara Rusia-Jepun yang disebabkan oleh masalah Manchuria dan Korea.Rusia semakin berminat untuk menguasai Manchuria kerana ingin mendapatkan pangkalan angkatan laut yang bebas dari pembekuan pada musim sejuk selain mempunyai kepentingan perdagangan di Manchuria.Jepun pula mempunyai kepentingan politik, ekonomi dan sosial untuk menguasai Manchuria.Kepentingan ekonomi Jepun di Manchuria dianggap yang paling utama.Manchuria merupakan negara pengeluar kacang soya dan Jepun sebagai negara pembeli yang utama.Mancuria juga mengeluarkan kayu-kayan, arang batu, besi dan emas.Tambahan pula, penduduk Jepun yang semakin bertambah telah menimbulkan masalah bahan makanan dan penempatan. Oleh itu, Jepun memerlukan Manchuria bagi mengatasi masalah ini.Perang Rusia-Jepun yang meletus pada 10 Februari 1904 telah memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria apabila peperangan ini telah membawa kemenangan kepada pihak Jepun. Walau bagaimnapaun, pada tahun 1905, perjanjian Portsmouth telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak ini.Melalui perjanjian tersebut,Menteri Luar Negeri Jepun Komura telah memperoleh persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Russia dari Manchuria dan diserahkan kepada Jepun. Pada 22 Disember 1905 pula, Perjanjian Peking telah ditandatamgani dan ianya memberi kuasa penuh kepada Jepun ke atas Manchuria Selatan. Selain itu, Rusia juga telah mengakui kepentingan kepentingan Jepun di Korea. Selain itu, pajakan Rusia ke atas Semenanjung Liaotung dan jalan kereta api dari Port Athur ke Mukden telah diserahkan kepada Jepun. Rusia juga terpaksa menyerahkan bahagian selatan Pulau Sakhalin kepada Jepun.Kejayaan Jepun ini telah meletakkan Jepun sebagai kuasa besar dunia.[24]
Meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 telah membolehkan Jepun untuk menguatkan kepentingan dan pengaruhnya di Asia Timur.Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan perkara ini telah disokong oleh British, Amerika Syarikat dan sekutu mereka.Kesannya, Jepun telah berjaya menawan Teluk Kiaochow dan merampas konsesi-konsesi Jerman di Shantung. Selain itu, beberapa pulau milik Jerman di Lautan Pasifik seperti Kepulauan Mariana, Carolina dan Marshall juga telah berjaya ditawan oleh Jepun.
Seterusnya, apabila Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1918, negara yang menang termasuk Jepun telah mengadakan satu persidangan damai di Paris. Akhirnya termetrai Perjanjian Versailles dimana melalui perjanjian ini semua hak Jerman di Shantung akan diserahkan kepada Jepun. Perjanjian Versailles seolah-olah memberi pengiktirafan kepada Jepun untuk menjadi kuasa imperialise baru di Asia Timur. China kemudiannya telah mengemukakan bantahan terhadap perjanjian tersebut namun tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Barat.Malahan, tuntutan Jepun telah dipersetujui oleh kuasa-kuasa Barat.

Rusia ingin meluaskan tanah jajahan di Manchuria
Manchuria merupakan kawasan yang strategik di Asia Timur. Kedudukannya berada di sebelah timur laut Tiongkok bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia. Manchuria juga merupakan satu kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentahnya. Kebanyakan kawasan tersebut mengeluarkan hasil tanaman seperti kacang, sekoi, kaolin dan gandum. Cita-cita Rusia selain hendak berkuasa di Mancuria, tekadnya juga untuk menjauhkan kuasa-kuasa lain dari Tiongkok. Mancuria dipandang oleh Rusia sebagai pembekal (supplier) dan perhubungan adalah lebih baik kedudukannya di Siberia Timor. Mengikut rancangan-rancangan Rusia, tujuan untuk menakluki Rusia ialah memajukan daerah Siberia Timor yang lebih mundur daripada Mancuria. Adanya arang batu, besi, emas dan kayu-kayan akan menjadi asas untuk menjadi asas untuk pekan baru dan perusahaan.[25] Dengan ini Mancuria menjadi satu kawasan di Timor jauh yang penting bagi Rusia daripada segi tentera dan ekonomi dan juga politik.
. Rusia mempunyai kepentingan perdagangan di Machuria. Kecenderungan Rusia untuk meluaskan tanah jajahan terutama di Mancuria terbukti apabila dalam tahun 1896-1899, Rusia telah merancang
1)      Membina jalan keretapi Trans-Siberia yang akan melalui Bandar Harbinke wilayah pantai.
2)      Mendapatkan hak berjalan merentang Manchuia Utara yang akan bersambung dengan jalan keretapi Trans-Siberia itu
3)      Cuba memasuki ekonomi negeri China secara am.[26]
Perluasan Empayar Rusia merupakan faktor utama yang menyebabkan Rusia ingin membina Chinese Eastern Railway. Rusia telah lama berminat di Asia Timur sebagai nama yang dicadangkan iaitu ‘Vladivostok’ yang merupakan pelabuhan yang terpenting Rusia yang boleh diterjemahkan kepada ‘ Ruler of the East’. Perluasan kuasa ke Manchuria merupakan fasa yang terbaru dalam menjelajah di Asia Timur. Kepentingan ekonomi merupakan faktor yang lain yang menyebabkan Rusia ingin meluaskan pengaruhnya. Menteri Peperangan iaitu Jeneral Aleksi Nikolaevich Kuropatkin menulis pada tahun 1900 bahawa “apabila Rusia mempunyai kuasa landasan kereta api antara Laut Baltik dan Lautan Pasifik dan apabila Rusia mendapatkan Bosporus di Lautan India dan Lautan Pasifik, kemudian Rusia banyak sekali bekalan sumber semula jadi akan menyebabkan semua kuasa dunia akan mengagumkan persaingan ekonomi”. Tsar Nicholas II juga percaya akan Russian East Asia akan dapat membiayai diri sendiri.
Tetapi percubaan Rusia yang ketiga ini tidak dapat dijalankan kerana berlakunya rebutan hak-hak kelonggaran di kalangan kuasa-kuasa barat di negeri China. Ia menjadi saingan hebat kepada Rusia. Sebagai langkah untuk memenuhi cita-cita mendapatkan pangkalan angkatan laut maka pada tahun 1898, Rusia telah memajak Port Arthur dan bahagian hujung Semenanjung Liaotung dari kerajaan China selepas Jepun terpaksa menarik diri dari semenanjung itu. Dengan mendapatkan pelabuhan-pelabuhan Port Arthur dan Dairen sudah tentu Rusia gembira tetapi sebaliknya menimbulkan kebimbangan kepada pihak Jepun kerana bimbang kepentingan-kepentingan di Mancuria akan terancam.
Rusia ingin mendapatkan pelabuhan di Korea
            Selain Mancuria, Korea juga merupakan punca perbalahan antara Jepun dan Rusia. Rusia ingin mendapatkan pelabuhan yang bebas dari pembekuan di musim sejuk untuk menggantikan pelabuhan Vladivostock yang mengalami pembekuan, Minat Rusia ke atas Korea jelas kelihatan pada tahun 1884 apabila Rusia cuba menolong kerajaan Korea menyusun angkatan daratnya. Rusia ingin membina Trans Siberian Railway.[27] Pihak Jepun yakin dengan terbinanya jalan keretapi itu akan menyenangkan Rusia bergerak jauh lebih pantas di timur. Memandangkan hal ini Jepun harus bertindak sesuatu untuk menghalang kemaraan Rusia.
            Kalangan-kalangan istana Nicholas Rusia telah memutuskan untuk mengambil Korea di samping Manchuria. Berikutan dengan keputusan ini, Nicholas telah melantik Admiral Alexeyer sebagai Viceroy di Timur Jauh dan penyusupan orang-orang Rusia ke Korea bermula. Sementara itu, penasihat-penasihat Tzar Rusia setuju pentingnya dijaga supaya tidak ada benteng-benteng didirikan oleh Jepun di pantai-pantai Selatan Korea, kerana ini menganggap membahayakan jalan laut Rusia di antara Vladistok dan Port Authur. Orang Jepun menganggap sekatan-sekatan seperti ini adalah satu penghinaan dan ini menguatkan keyakinan mereka bahawa mereka mesti mengusir orang-orang Rusia keluar dari Korea dan juga dari Semenanjung Liaotung. Jepun mempunyai kepentingan ekonomi yang luas di Jepun, antaranya Jalan Keretapi Pusan-Seoul.
            Sebenarnya Rusia telah mendapatkan dua hak kebenaran di Korea, iaitu mengeluarkan kayu balak di Sungai Yalu dan melombong di Sungai Tuwan. Pemotong kayu balak dikatakan adalah terdiri dari tentera-tentera Rusia yang berada di Mancuria. Rusia juga mula memasukkan penasihat tentera dan membantu penyusunan tentera Korea mengikut susunan Rusia dan cuba menguasai kewangan Korea.[28]

Rusia menduduki Pulau Sakhalin
Pada akhir abad ke-18, pihak Bakufu berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila meluaskan daerahnya hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido). Pada tahun 1875, apabila nasionalisme secara beransur-ansur berkembang di Jepun. Rusia cuba untuk menduduki Pulau Sakhalin yang merupakan milik Jepun. Oleh kerana Jepun tidak bersedia untuk berperang di peringkat ini. Rusia tidak pernah dilupakan oleh Jepun yang mahu mengambil peluang untuk pemulihan pada masa yang sesuai. Antara kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barangan keluaran Jepun.
Rusia berminat ke atas China
Pada tahun 1896, China telah menandatangani perjanjian sulit dengan Rusia yang berkaitan dengan melindungi China dari kemaraan Jepun. China membayar pampasan kepada Rusia untuk campur tangan dalam Perjanjian Shimonoseki bagi pihak China termasuk pajakan bagi kawasan Port Athur dan Dairen yang bersebelahan dengan Semenanjung Shantung dan Liaotung. Rusia menganggap tindakannya adalah kerana serangan dan ancaman Jepun ke arah keamanan di China. Peranan Rusia lebih menonjol dalam keselamatan di China tetapi dengan syarat meyediakan kestabilan di area tersebut. Fobia terhadap Rusia di kalangan orang Jepun yang dikenali sebagai Russophobia berfokuskan kepada hubungan Sino-Rusia yang merujuk kepada hubungan China dan Rusia. Di Jepun telah tersebar mengenai China telah menjadi boneka kepada Rusia.
Campur tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Perancis dan Jerman,1895
Kemenangan Jepun dalam peperangan dengan China pada tahun 1895, menyebabkan Jepun menjadi kuasa yang hebat dan agung di Asia, di mana China sebuah negeri yang besar dan suka mencabar itu dapat ditewaskan dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan kuasa-kuasa barat begitu iri hati dan bimbang akan langkah-langkah Jepun seterusnya, terutama di China. Pada 23 April 1895, Jerman, Rusia dan Perancis menuntut supaya kerajaan Jepun membatalkan pemilikannya terhadap Semenanjung Liaotung dengan alasan “ keamanan di Timur Jauh’. Campur tangan tiga kuasa seperti Rusia, Jerman dan Perancis di atas soal Liaotung menaikkan kemarahan Jepun. Rusialah yang menimbulkan rasa cemas di negeri Jepun. [29]Rusia kelihatan sentiasa dibimbangi oleh Jepun kerana Semenanjung Liaotung dan Port Arthur dapat dikuasainnya pada tahun 1898, melalui pajakan dengan China. Rusia memerlukan Semenanjung Liaotung kerana supaya ia dapat pelabuhan air panas untuk kegunaan angkatan lautnya, ia membina keretaapi di Manchuria dengan tujuan hendak menguasai kawasan itu.
Rusia dilihat ingin menguasai kawasan di China. Boleh dikatakan bahawa Rusia yang menimbulkan rasa cemas di Jepun. Sesetengah kawasan pelabuhan dibuka untuk syarikat asing. Wilayah sempadan bagi Perancis dan Rusia di kawasan utara ke selatan serta Jerman di Shantung. Selain itu juga boleh dilihat, Perancis dan Jerman kerap memberi bantuan kewangan kepada China yang dilihat seperti ingin membantu China untuk memodenkan dan pembaharuan di China. Pada tahun 1895 hingga tahun 1900 dikatakan mempunyai kata sepakat bagi kuasa-kuasa ini. Terdapat tiga ciri iaitu yang pertama, perolehan kereta apai istimewa dan konsesi perlombongan di wilayah China, kedua kawasan pajakan termasuklah pusat operasi kapal laut yang mana kepentingan mereka dapat dilindungi dan perjanjian dengan China akan memastikan kawasan mereka tidak dicerobohi kuasa-kuasa lain. Kawasan di China seperti sudah tersusun untuk kuasa Barat bertapak seperti kemasukan Perancis ke wilayah Yunnan, Kwangsi dan Kwantung pada tahun 1895-1896. Jerman di Shantung pada tahun 1897-1898 manakala Rusia pula di Manchuria pada tarikh yang berbeza di antara tahun 1896 hingga tahun 1898.

4.0 ASPEK SOSIAL
Pendidikan
Melalui slogan ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’, Maharaja Meiji menggalakkan sistem pelajaran moden. Namun, mereka tidak secara bulat-bulat menerima sistem pendidikan barat. Matlamat dalam pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan negara, menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada ketua. Oleh itu, penduduk Jepun berjaya menerapkan kepentingan pendidikan kepada anak-anak sekali gus mempercepatkan proses kemajuan negaranya. Sistem pelajaran pada masa itu sangat mementingkan subjek pengajaran sains dan kejuruteraan. Buku-buku yang bermutu dalam bidang-bidang tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Jepun. Di samping itu, ramai tenaga pengajar dan golongan profesional dan ahli akademik luar telah diambil dari Britain dan Amerika Syarikat.[30]
Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1871, setahun selepas itu barulah rancangan untuk mewajibkan pendidikan sekolah rendah diumumkan.[31] Pada peringkat permulaan kerajaan, sistem Perancis diterima pakai dengan lapan buah sekolah mewajibkan pendidikan rendah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan selama tiga tahun kemudian ditambah kepada enam tahun.[32] Sebelum itu, kanak-kanak perempuan bersekolah untuk tempoh empat tahun.
Pada 1877, pusat utama untuk pengajian tinggi Jepun, iaitu Universiti Tokyo yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Imperial Tokyo telah disusun semula dalam bentuk sebagai alat untuk latihan birokrasi masa depan. Dengan pembaharuan ini, seluruh kakitangan universiti adalah di bawah kawalan kerajaan, terikat pada semua tanggungjawab dan sekatan dalam pegawai kerajaan serta diberi tempat dalam hierarki birokratik. Pada 1879, pendidikan bersifat universal dan utilitarian. Sementara mata pelajaran baru yang diperkenalkan di peringkat tinggi termasuk kejuruteraan mekanikal, undang-undang Perancis, ekonomi dan bahasa Inggeris.[33] Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Diraja Tokyo. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya diajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang disadur dari etika Kung Fu Tze. Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.  Dalam tahun 1871 sahaja , terdapat kira-kira 54 orang pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek ketenteraan laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan dan tujuan Amerika pula mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi.[34]
Selain itu, perkembangan bidang pendidikan semasa era Meiji menyaksikan Universiti Confucius di Edo digabungkan dengan sekolah perubatan Syogun dan pengajian bahasa di Institut Penyelidikan membentuk universiti kerajaan baharu yang diberi nama Universiti Tokyo pada tahun 1897. Bilangan universiti juga semakin bertambah dari Universiti Kyoto pada tahun 1897 kepada Universiti Hokkaido di Sapporo pada tahun 1918.[35] Pertambahan Universiti di Jepun pada era tersebut telah melahirkan banyak golongan intelektual dan pertambahan golongan intelektual ini juga secara tidak langsung membawa kepada kemusnahan sistem feudalisme di Jepun. Pembangunan yang berlaku di Universiti Imperial Tokyo dilihat mencerminkan cara pemikiran generasi masa depan golongan elit di Jepun.[36] Dua universiti persendirian yang terkemuka iaitu Universiti Keio telah diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi pada tahun 1858 dan Universiti Waseda diasaskan oleh Okoma dalam tahun 1882.[37] Hal ini telah menguatkan kedudukan Negara Jepun bagi bersaing dengan kuasa-kuasa Barat khasnya.
Kesusasteraan
Pada zaman pemerintahan Meiji, bidang kesusasteraan telah mengalami beberapa perubahan manakala aliran-aliran kesusasteraan baru juga telah diperkenalkan. Minat dalam bidang kesusasteraan Barat telah berkembang luas terutama dalam penterjemahan hasil-hasil karya.[38] Antara karya awal yang diterjemahkan adalah Robinson Crusoe (1859), Self Help oleh Samuel Smiles’ (1870) dan On Liberty oleh John Stuart Mills (1871).[39] Round the World in Eighty Days karya Jules Verne pada tahun 1878 telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai sebuah buku panduan beranotasi tentang perjalanan asing. Mereka semakin mudah menerima idea, ilmu pengetahuan dan sains, pemikiran politik, kebudayaan, pelajaran dan sebagainya yang berasal dari Barat.[40]
            Karya terjemahan yang diterbitkan dalam bahasa Jepun merupakan hasil penulisan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dapat difahami oleh masyarakat Jepun kerana ianya merupakan bahasa asing yang sangat penting terutama dalam bidang diplomatik, perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Semasa era pemerintahan Meiji juga, Jepun telah melahirkan sebilangan tokoh-tokoh kesusasteraan termasuk penulis-penulis novel yang memberi kesan mendalam terhadap bidang kesusasteraan di negara tersebut. Antara tokoh tersebut adalah Kawashima Chunosuke, Suyehiro Tetcho, Sudo Nansui dan banyak lagi.[41] Perubahan dalam  kesusasteraan Jepun juga telah menjadikan novel semakin realistik walaupun ia sebenarnya membosankan. Tema-tema yang digunakan dalam penulisan novel tersebut adalah berkaitan dengan politik, sejarah dan hal ehwal dunia.[42]
            Penulis yang mengilhamkan pemikiran politik dan sistem politik Barat pula adalah seperti Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke.[43] Fukuzawa Yukichi merupakan perintis pendidikan Barat dan juga seorang pemikir politik yang teragung dalam sejarah kebangkitan politik di Jepun. Beliau telah dihantar untuk mengkaji tentang persenjataan dan bahasa Belanda di Nagasaki.[44] Beliau juga telah mengambil peluang tersebut untuk mempelajari bidang perubatan dan bahasa Inggeris. Buku pertama beliau iaitu Seiyojijo (Syarat di Tanah Barat) mendapat sambutan yang menggalakkan. Seiyojijo merupakan ringkasan nota beliau tentang kerajaan Barat, ekonomi dan institusi sosial yang menerangkan dengan ringkas bagaimana mereka bekerja.[45] Beliau menggunakan hasil pendapatan daripada penerbitan buku tersebut untuk membina sekolah pada tahun 1863 bagi memberi pendidikan tentang kurikulum ala Barat.[46]
Kato Hiroyuki pula merupakan seorang tokoh yang penting dalam sejarah kemunculan para cerdik pandai. Beliau telah melahirkan idea-idea dalam bentuk bahasa yang mudah difahami dan bersifat intelektual. Seorang lagi tokoh yang terkenal pada zaman pemerintahan Meiji adalah Taguchi Ukichi. Beliau merupakan seorang yang terkenal dalam sejarah pengajian ekonomi dan merupakan pelopor utama dalam doktrin laissez-faire iaitu perdagangan bebas melalui penulisannya yang berjudul Dasar Ekonomi pada tahun 1882.[47]

Kebudayaan Ideologi dan Agama
Maharaja Meiji turut menyedari kepentingan ideologi sesebuah negara untuk meningkatkan semangat nasionalisme. Meiji telah memperkenalkan ideologi rasmi yang juga dikenali sebagai Kokutai.[48] Ideologi ini telah memberi penekanan terhadap ciri-ciri bitara masyarakat Jepun yang berpusat di sekitar institusi diraja. Kokutai juga telah menekankan keunggulan kerohanian masyarakat Jepun dengan memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada negara serta Maharaja yang dianggap suci dan tidak boleh di bantah. Kokutai telah berjaya meningkatkan semangat nasionalisme masyarakat dan memudahkan usaha Meiji untuk menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang kuat dan moden.
            Shinto Negara telah dijadikan sebagai agama rasmi Jepun. Shinto Negara berasal daripada Shintoisme yang merupakan suatu sistem agama yang mempunyai empat bentuk utama iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto), Shinto Tempat-tempat Suci (Jinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto).[49] Shinto juga mempunyai kepercayaan agama politik. Terdapat tiga dogma dalam agama Shinto iaitu Maharaja adalah Tuhan, Jepun adalah tanah Tuhan dan iman dalam misi ihsan atau nasib Jepun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Maharaja Meiji telah menggunakan agama untuk meningkatkan semangat patriotisme dan mengukuhkan negara. Langkah pertama yang diambil dalam usaha menyebarkan ideologi Shinto Negara adalah mengasingkan Buddhisme dari Shinto.[50] Seterusnya, Jabatan Shinto telah diwujudkan semula dengan mengikut model Pejabat Hal Ehwal Ketuhanan.[51]
            Semasa zaman pemerintahan Meiji juga, ajaran Kung Fu Tze telah bergabung erat dengan Shinto Negara. Etika ajaran Kung Fu Tze yang berkait dengan kesetiaan dan ketaatan kepada Maharaja telah dimasukkan ke dalam Shintoisme.[52] Pengaruh ajaran Kung Fu Tze boleh dilihat dari kesannya ke atas Piagam Pengajaran Diraja yang telah diumumkan dalam tahun 1890. Ia juga boleh dilihat dari hakikat bahawa prinsip etika kesetiaan Kung Fu Tze dalam hubungan di antara rakyat dengan pemerintah yang masih kuat diamalkan di rumah-rumah, kampung-kampung dan perusahaan-perusahaan baru.
            Agama Kristian yang telah disekat semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa telah dipulihkan semula semasa pemerintahan Meiji. Agama Kristian yang menyokong autonomi rohani dan kebebasan hati nurani telah menjadi perangsang dalam kehidupan intelektual Maharaja Meiji dengan menjadi peranan utama dalam reformasi sosial dan perubahan politik Jepun.[53] Kerajaan Meiji telah memberi kebebasan beragama kepada rakyat Jepun dan ini telah membolehkan agama Kristian berkembang semula dalam tahun 1870-an. Pusat-pusat agama Kristian yang utama dalam tahun 1870-an adalah Nagasaki, Yokohama dan Hakodate. Perkembangan agama Kristian semasa pemerintahan Meiji juga disebabkan oleh penubuhan banyak sekolah-sekolah Kristian dan kewujudan banyak majalah agama Kristian. Pengaruh agama Kristian semakin berkembang dengan penubuhan 130 buah gereja, 70 buah sekolah dan hampir 5000 buah Konven.[54] Namun, perkembangan agama Kristian akhirnya terhalang oleh kumpulan Nasionalis seperti Nippon-Sin.
Pengaruh Barat dilihat menular dalam diri sebahagian masyarakat Jepun seperti gaya potongan rambut yang menunjukkan kemodenan. Selain pendidikan, beberapa perubahan turut berlaku dalam kebudayaan Jepun. Perubahan berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik dan seni drama. Seni lukis tradisional Jepun telah diperbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Barat mula menampakkan pengaruhnya dalam seni muzik melalui lagu-lagu. Banyak piring-piring hitam boleh didapati dan muncul pula konsep tarian barat. Tarian ballroom antara tarian Barat yang paling popular. Di samping itu juga, konsep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden diperkenalkan. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan iaitu bagi hiburan golongan saudagar-saudagar sahaja. Namun di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di segenap lapisan masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan siri kata, teknik sinaran tiruan, dan prop.[55]

Komunikasi dan Perhubungan
Inovasi penting sewaktu zaman pembaharuan Meiji adalah pengenalan telegraf.  Rangkaian telegraf menyediakan berita dapat disampaikan dengan pantas tanpa mengira jarak yang jauh selain dibantu dengan kepesatan sistem pengangkutan kereta api dan wap yang berkembang pesat. Menjelang lewat 1870, sistem telegraf telah mentransformasikan sistem komunikasi Jepun. Peristiwa  penerimaan hadiah mesin telegraf oleh Maharaja Meiji menyumbang kepada pemodenan bidang komunikasi. Mesin tersebut kemudiannya dikaji serta menerima penambahbaikan. Teknologi telegraf sangat membantu dalam bidang ketenteraan Jepun selain merancakkan urusan pentadbiran dan ekonomi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada 1872, talian telegraf menghubungkan Tokyo hingga  ke Sapporo di utara dan Nagasaki di sebelah barat. Tambahan lagi, telegraf ini  membantu kerajaan empayar menghancurkan pemberontakan Satsuma pada tahun 1877. Selain itu, telegraf juga membantu peniaga dalam pekerjaan mereka.[56] Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Dalam tahun 1893, Jepun telah mempunyai 4000 batu kawat telegraf. Semua kawat telegraf dimiliki oleh kerajaan kecuali beberapa cawangan.[57]
            Dalam sistem perhubungan, perkhidmatan kereta api diperkenalkan serta dimulakan dengan pembinaan landasan pada 1872. Kewujudan perkhidmatan kereta api, telah memudahkan sistem pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi.[58] Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang dibina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu dibina pada tahun 1880. Tanggungjawab membina landasan tersebut dipantau oleh jurutera Jepun. Manakala landasan kereta api Tsuruga-Nagahama telah disiapkan empat tahun kemudiannya.[59] Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu.
Secara keseluruhannya, kejayaan dalam aspek sosial yang di capai oleh negara Jepun melalui pembaharuan pelbagai aspek sosial telah meletakan Bangsa Jepun menjadi sebuah bangsa yang mampu mengalahkan kuasa-kuasa Eropah pada awal abad ke 19 dan 20.

Kepentingan Jepun dan Russia ke atas wilayah Mancuria dan korea
Kepentingan
Kedua-dua kuasa ini mempunyai kepentingan masing-masing ke atas wilayah Mancuria dan semenanjung Korea. Bagi Jepun penglibatan Russia ke atas wilayah Mancuria sebagai penghalang kepada cita-cita Jepun untuk meluaskan empayarnya serta sebagai tapak untuk memasuki benua Asia. Di Mancuria mempunyai banyak bahan mentah serta sebagai sumber ekonomi. Kepentingan ekonomi Jepun menjadi subjek utama Jepun. Apabila Russia meluaskan pengaruh di wilayah Mancurian secara tidak langsung Jepun menjadi terancang. Kekayaan ekonomi wilayah Mancuria seperti pengeluar kacang soya, kayu-kayan, arang batu, besi dan emas. Eksport kacang soya yang utama adalah kepada Jepun. Seperti juga Russia, sebab ekonomi menjadi subjek utama dalam perebutan wilayah Mancuria. Sebelum ini, Russia membuat rancangan ingin memajukan daerah Siberia Timor yang lebih mundur daripada Mancuria. [60] melihat daripada peluang ekonomi yang ada di wilayah Mancuria menyebabkan Russia campur tangan terhadap Mancuria. Oleh itu, Mancuria menjadi rebutan kepada kedua-dua kuasa ini kerana mempunyai kepentingan ekonomi masing-masing.
Pembinaan Kereta Api Tran-Siberia
Jepun melihat ancaman Russia semakin meningkat apabila Russia telah membina landasan kereta api Trans-Siberia dalam tahun 1891.[61] Landasan kereta api ini telah menghubungkan antara pelabuhan Vladiyostok di Russia dengan pelabuhan Arthur di semenanjung Liaotung melalui wilayah Mancuria sepanjang 3500 batu . Hal ini meresahkan pihak Jepun dan menganggap sebagai musuh yang terdapat di depan mata. Selain itu, usaha pihak Russia untuk campur tangan terhadap Korea menambahkan lagi kemarahan Jepun terhadap Russia. Russia telah membuat perjanjian pada bulan Mei 1896 dengan raja Korea[62]. Dalam perjanjian Yamagata-Lobanoff, Russia telah diberi banyak keistimewaan antaranya seperti bantuan kewangan, dan bantuan ketenteraan sistem perhubungan telegraf. Dengan perjanjian yang ditandatangani ini menyebabkan pemecatan anasir-anasir yang pro-Jepun dalam kabinet Korea dan juga meniup kebangkitan rakyat supaya anti-Jepun. Oleh itu, Jepun berasa bimbang dengan usaha pengukuhan pengaruh yang dijalankan oleh Russia di Korea.
Perikatan Inggeris-Jepun 1902
Perikatan Inggeris-Jepun 1902 menaikkan semangat Jepun untuk menentang Russia. Jepun menganggap perlu untuk membuat perikatan dengan Inggeris untuk menguatkan dan sokongan terhadap Jepun. Inggeris juga bimbang dengan pengaruh Russia di kawasan timur laut Asia[63]. Oleh itu, perikatan antara Inggeris dengan Jepun diharapkan dapat menyekat pengaruh Russia di timur laut Asia. Antara perjanjian yang ditandatangani pada 30hb Januari 1902 seperti berikut: 
i)                    Kedua-dua kuasa berjanji untuk menjaga keselamatan dan keamanan di asia timur.
ii)                  Kedua-dua kuasa mengiktiraf kedaulatan Korea dan China.
iii)                Kedua-dua kuasa mengiktiraf kepentingan masing-masing di china dan Korea.
iv)                Bersikap kecuali apabila salah satu antara mereka berperang
v)                  Tempoh perjanjian ini adalah selama 5 tahun dan selepas itu boleh ditamatkian.
Sebenarnya Inggeris bimbang dengan pengaruh Russia dan peranannya di kawasan utara India[64]. India merupakan pangkalan utama British di Asia dan menyumbang kepada pulangan ekonomi kepada pihak British. Oleh itu, perikatan Jepun-British dapat melenyapkan dan mengurangkan pengaruh Russia di kawasan ini.  Perjanjian yang ditandatangani ini juga memberikan kesan yang amat besar kepada jepun dab sebagai suntikan semangat untuk berdepan dengan Russia. Perjanjian ini juga memberi Jepun kelebihan apabila kuasa dunia ketika itu Inggeris seolah-olah mengiktiraf Jepun sebagai salah satu kuasa dunia dan tanpa campur tangan kuasa ketiga dalam peperangan sekiranya berlaku. 
Kekuatan Tentera
Kekuatan tentera Jepun di timur jauh menjadi pendorong tercetusnya perang Jepun-Russia. Kekuatan angkatan tentera darat dan laut Jepun mendorong Jepun terlibat dalam perang Jepun-Russia. Pemodenan dalam ketenteraan Jepun telah sistem pertahanan Jepun menjelang akhir abad ke-19. Kekuatan tentera ini menyebabkan Jepun berasa yakin di samping sokongan ketua tentera kepada maharaja Meji untuk berperang dengan Russia.
Dari segi perbandingan tentera pada waktu itu, bilangan tentera Jepun jauh lebih besar berbanding dengan tentera Russia. Sebagai contoh, pada bulan Januari 1904 terdapat sebanyak 80 000 tentera Russia di pelabuhan Arthur dan Vladivastock berbanding dengan kekuatan tentera Jepun sebanyak 270 000 tentera terlatih dan 20 000 tentera simpanan[65].
Pan-Asianisme
Idealogi Pan-Asianisme juga mempunyai kaitan dengan berlakunya perang Jepun-Russia 1904-1905. Jepun beranggapan bahawa negara Asia adalah tanggungjawabnya dan untuk menyelamatkan Asia daripada kuasa-kuasa barat. Pada bulan November 1898, persatuan Toa Dobun Kai (persatuan kebudayaan bersama Asia Timur) bertujuan untuk menganjurkan kajian di Korea dan China serta peranan Jepun di Asia. Persatuan ini telah disokong oleh ramai pengusaha-pengusaha industri dan ahli polotik dalam menyebar idealogi ( Jepun mempunyai kewajipan untuk menyelamatkan Asia.

5.0 Kesan Perang Jepun-Russia ke atas Jepun
Imej Jepun
Imej Jepun di mata dunia semakin tinggi dan kedudukannya setaraf dengan kuasa-kuasa barat yang lain. Kejayaan Jepun dalam perang secara langsung dapat diakui sebagai kuasa besar dunia dan kuasa baru di Asia Timur. Peperangan Jepun-Russia adalah satu kejayaan bagi pihak Jepun walaupun sebelum ini Jepun telah pun menang dalam peperangan China-Jepun 1894-1895. Perlu kita ketahui bahawa kemenangan ke atas China disebabkan oleh China telah tersedia lemah pada ketika itu. Oleh itu, peperangan dengan kuasa besar dunia ini memberi gambaran bahawa kuasa dari Asia mampu untuk bersaing dengan kuasa Eropah.
Mengamalkan dasar imperialisme
Berakhirnya peperangan Jepun-Russia menyebabkan Jepun telah mengamalkan dasar imperialisme. Perjanjian Portmouth telah membolehkan jepun mengambil alih peranan Russia di kawasan Asia Timur. Sebelum ini Russia telah berminat untuk menguasai kawasan Mancuria dan Korea untuk kepentingan ekonomi dan ketenteraan. Tetapi selepas kemenangan Jepun dalam perang peranan Russia di kawasan Mancuria selatan dan Korea telah diambil alih oleh Jepun serta diiktiraf oleh kuasa besar seperti Britian, Amerika dan kuasa Eropah yang lain. Selain itu, telah meluaskan kuasanya di wilayah Sakhalin sebahagian semenanjung Lioaotung[66].  Dasar imperialisme ini juga dapat dilihat apabila jepun mengembangkan kuasa di negara China dalam tahun-tahun 1903 akhirnya Jepun telah sampai ke Asia Tenggara pada tahun 1942 dan berakhir pada tahun 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki di bom oleh Amerika.
Perkembangan ekonomi.
Tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi Jepun semasa perang merosot. Rakyat telah menanggung bebanan daripada kemelesetan ekonomi itu dengan membayar cukai yang tinggi demi keselamatan negara. Sebagai contoh jepun telah membelanjakan sebanyak 1.5 billion untuk membiayai peperangan tersebut[67]. Walaupun demikian selepas berakhirnya peperangan tersebut jepun telah memasuki era baru dengan melibatkan diri dalam teknologi berat seperti membuat senjata, dan meningkatkan perusahaan pembuatan kapal. Selepas perang juga memperlihatkan bahawa kepesatan ekonomi Jepun semakin meningkat dengan penubuhan dalam bidang pembinaan kapal, industri keluli, dan kimia. Pengeluaran besi keluli bertambah sebanyak 400% dalam tempoh 1905-1914.  Tetapi dalam pengakhiran perang, jepun tidak dibayar ganti rugi perang. Hal ini dapat dilihat dalam perjanjian Portsmouth 1905 dan menyebabkan rakyat berasa marah kerana perjanjian dianggap sebagai berat sebelah dan mereka menganggap bahawa kerajaan mengkhianati mereka. Akibatnya perdana menteri Katsura dipaksa meletak jawatan dan diganti dengan Saionji.

Kesan ke atas Rusia
       I.            Menjatuhkan Imej Rusia
Kekalahan Rusia menentang Jepun telah menyebabkan imej Rusia sebagai salah satu kuasa terbesar musnah sama sekali. Negara-negara barat seperti Britain yang pada mulanya bimbang terhadap ancaman Rusia, sudah pasti merasa senang hati. Sebaliknya, pihak Rusia terpaksa menanggung malu yang tidak terhingga dan tidak lagi mengambil bahagian yang aktif dalam perundingan-perundingan antarabangsa terutama yang berhubung dengan politik di timur jauh.

    II.            Tamatnya Dasar Imperialisme Di Timur
Dengan menandatangani Perjanjian Porsmouth dengan sendirinya Rusia menamatkan dasar imperialisme di timur. Cita-cita Rusia untuk meluaskan wilayah arah selatan terutama Korea dan Manchuria bagi mendapatkan pengkalan angkatan tentera laut yang bebas dari pembekuan telah gagal. Rusia juga telah gagal untuk meluaskan pengaruhnya terutama dalam bidang ekonomi di negeri Cina. Akibatnya Rusia terpaksa menumpukan perhatian ke Eropah terutama di wilayah Balkan dan Asia Selatan.

 III.            Kekacauan Politik Dalam Negeri
Kekalahan Rusia telah meninggalkan kesan yang serius kepada masyarakat Rusia. Sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian dan kelemahan pemerintah telah meletus satu revolusi menentang Raja Nicholos ÍÍ. Pada 22hb. Januari 1905 ketika peperangan masih berjalan, pekerja-pekerja telah berkumpul di hadapan Winter Palace di St. Petersburg. Pihak polis telah bertindak menyebabkan kira-kira 1,000 orang pekerja mati ditembak.[68]
            Pada penghujung bulan Oktober berlaku pemogokan umum yang menyebabkan alat-alat perhubungan di semua negeri menjadi lumpuh. Akibatnya sebuah badan pekerja ditubuhkan yang kemudiannya dikatakan menjadikan Pemerintah Revolusiner Rusia. Pada 30hb. Oktober 1905 dengan rasa keberatan Raja Nicholas berjanji akan mengeluarkan satu manifesto yang akan membentuk legislatif yang dipilih (Duma) dan memberi jaminan kepada kebebasan politik dan awam. Selain itu, dibentuk juga Majlis Menteri (Counsil of Ministers) dengan seorang presiden.
            Walaupun kerajaan Tsar Rusia cuba berlembut dengan tuntutan rakyat namun rasa tidak puas hati terhadap kerajaan semakin menjadi serius. Perasaan tidak puas hati sampai ke kemuncaknya apabila berlaku satu revolusi pada 1917 yang berkesudahan tumbangnya Kerajaan Tsar.

6.0 Sebab Kejayaan Jepun Mengalahkan Rusia
Sebab Di Pihak Jepun.
1.      Peperangan untuk keselamatan.
Bagi pemimpin dan rakyat Jepun peperangan ini disifatkan sebagai “keselamatan”(survival) Negara. Peperangan ini mendapat sokongan rakyat walaupun terdapat golongan-golongan yang menentangnya tetapi golongan itu terlalu kecil bilangannya.
2.      Disiplin dan Semangat Perjuangan
Semangat perjuangan tentera Jepun yang sangat fanatik dalam pertempuran memang terkenal dan dikagumi. Tentera-tentera dan pengawai-pengawai merupakan pejuang-pejuang yang berani mati demi mencapai kejayaan. Semangat ini diwarisi dari tradisi semangat pahlawan ‘Samurai’. Unsur ini ditambah pula dengan disiplin yang tinggi dengan menekankan perasaan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara. Salah seorang pemimpin tentera yang sangat memegang teguh tradisi samurai ialah Jeneral Nogi. Di samping itu beliau menjaga disiplin dengan kuat hinggakan mana anggota tentera yang melakukan kesalahan ke atas orang awam, walaupun kesalahan itu kecil akan dikenakan hukuman yang berat.

3.      Strategi tentera.
Dari segi strategi tentera, pihak Jepun mempunyai kelebihan dari pihak Rusia. Oleh kerana pertempuran itu berlaku di Manchuria dan Korea,  pihak Tokyo boleh menghantar bantuan-bantuan tentera dengan segera ke medan pertempuran kerana kedudukan Jepun dengan kedua-duanya terlalu dekat.
            Sebaliknya, pihak Moskow mengalami kesulitan untuk menghantar bantuan-bantuan yang sangat diperlukan kerana kedudukan Moskow terlalu jauh. Hanya jalan keretapi Tran-Siberian yang boleh digunakan itu pun memakan masa berhari-hari. Armada Baltik yang diharapkan dapat memberi bantuan kepada tentera Rusia di timur terpaksa belayar sejauh 18 000 batu untuk sampai ke tempat yang dituju. Jarak yang begitu jauh sudah pasti meletihkan fizikal tentera-tentera Rusia dan ini menjejaskan perjuangan mereka.
            Di samping semangat perjuangan yang tinggi, tentera-tentera Jepun mempunyai senjata-senjata yang moden dan bermutu. Misalnya, angkatan laut Jepun mempunyai kapal-kapal perang yang moden. Angkatan tentera laut Jepun tentera Laut Jepun mampu mengalahkan angkatan laut Cina yang lebih besar darinya pada 1894-1895 dan kali ini mengalahkan angkatan laut Rusia. Sebaliknya, kapal perang yang terdapat dalam Armada Baltik Rusia dikatakan jenis lama dan belum bersedia bertempur.
4.      Persetiaan Jepun-Inggeris 1902
Tidak dapat dinafikan persetiaan ini secara tidak langsung membantu kejayaan pihak Jepun. Dari segi ‘moral’ ia telah menambah semangat pihak Jepun untuk menentang Rusia kerana Jepun tidak bimbang dengan campurtangan kuasa-kuasa barat lain untuk membantu Rusia. Pihak Inggeris walaupun tidak terlibat dalam peperangan, telah menjadi ‘penjamin dan pelindung’ kepada Jepun.

Sebab Di Pihak Rusia
1)      Rusia Belum Sedia Berperang
Rusia sebenarnya belum bersedia untuk berperang. Seperti yang telah diterangkan, perkara ini telah pun disedari oleh Jeneral Kuropatkin. Malangnya Kerajaan Rusia tidak menghiraukan amaran beliau. Sikap kerajaan Rusia ini mungkin kerana dipengaruhi perasaan bongkak yang memandang rendah kakuatan Jepun dan yakin dapat mengalahkan tentera Jepun dan yakin dapat mengalahkan Jepun dengan mudah.
2)      Kekacauan Dalam Negeri
Sebelum meletusnya peperangan, telah timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan Tsar Rusia yang dianggap lemah. Pegawai-pegawai kerajaan adalah tidak cekap dan korup. Golongan bangsawan memiliki semua kekayaan sedangkan rakyat terutama golongan petani dan pekerja hidup menderita akibat ditindas.
            Bila peperangan meletus dan Rusia mengalami kekalahan rakyat tidak dapat menerimanya dan bencana ini dipertanggungjawabkan kepada golongan pemerintah. Bagi mereka kekalahan ini membuktikan bahawa kerajaan cuai dalam mempersiapkan diri dan menguatkan pasukan tentera.
            Seperti yang diterangkan telah berlaku rusuhan-rusuhan dan lahirnya Majlis Revolusi sebaik sahaja berita kekalahan Rusia diterima. Dengan adanya gerakan penentangan terhadap kerajaan, penumpuan perhatian yang sepenuhnya terhadap gerakan menentang Jepun tidak dapat dilakukan. Kekuatan tentera Rusia tidak dapat dikerahkan semuanya untuk menyerang balas tentera Jepun, kerana sebahagianya terpaksa digunakan untuk mengawal kekacauan dalam negeri. Keadaan ini yang memaksa kerajaan Rusia menerima perdamaian dengan pihak Jepun.
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, peperangan antara Jepun dan Rusia merupakan satu titik tolak kepada Jepun menjadi sebuah negara yang disegani dalam kalangan kuasa-kuasa Barat. Jepun berjaya mendominasi aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga menjadikan negaranya setanding dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Misalnya dari aspek politik, kehebatan Jepun terbukti apabila Jepun berjaya mendapatkan beberapa buah kawasan daripada China seperti Kepulauan Ryukyu, Taiwan dan Kepulauan Pescadores daripada China dalam perang China-Jepun. Selain itu, Perang Rusia-Jepun yang tercetus pada tahun 1904 pula telah membolehkan Jepun mendapatkan Korea dan meletakkan Jepun sebagai kuasa besar dunia.[69] Selain itu, Jepun juga  memiliki angkatan tentera laut dan darat yang kuat. Contohnya, Jepun mempunyai pasukan Tentera Kebangsaan Jepun dan angkatan laut yang terdiri daripada puak Satsuma serta memiliki kapal perangnya sendiri.[70] Dari aspek ekonomi pula, Jepun membangun sebagai sebuah negara industri yang maju tanpa mengharapkan bantuan modal daripada kuasa-kuasa Barat yang lain. Kejayaan Jepun menguasai China dan Korea juga telah membolehkan Jepun mempunyai pasaran yang luas untuk memperkembangkan lagi sektor ekonominya disamping banyak kilang yang dibina oleh Jepun sepeti kilang membuat alat-alat senjata.[71] Dari aspek sosial pula, Jepun tidak pernah mengabaikan sistem pendidikannya. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Maharaja Meiji lagi, sistem pelajaran moden seperti Sains dan kejuteraan telah diperkenalkan sehinggalah tertubuhnya pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Tokyo pada tahun 1877 dan Universiti Diraja Tokyo pada tahun 1886. Bilangan universiti yang semakin bertambah juga menunjukkan pihak pemerintah Jepun sentiasa mengambil berat aspek pendidikan sehingga melahirkan ramai golongan intelektual di Jepun.

BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
A.Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad . Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya.. Sumber diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/427/1/1.pdf
Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdullah Zakaria Ghazali (etc.) Perang Dunia kedua dalam Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-1963). Kuala Lumpur : Penerbit : Fajar Bakti.
Conrad Schirokauer (1978).  A Brief History of Japanese Civilization. London: Harcourt Brace College Publisher.
John F. Horves, Ronald Posner  (1975). Tradition in Transition: The Modernization of Japan. United Kingdom: Macmillian Publisher Ltd
Khazin Mohd Tamrin, (1972) Perang Rusia - Jepun 1905. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
M. Vinacke (1959). A History of The Far East In Modern Times.  New York: Appleton Century Crofts Inc. Hlm 404.
M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arenabuku sdn. Bhd.
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd.
Marius B. Jansen (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.
Richard Storry. (1982). Sejarah  Jepun Moden. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.
W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
W. G. Beasley (1972).  The Meiji Restoration. California: Stanford University Press.

[1] M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arenabuku sdn. Bhd. hlm. 36
[2] Ibid.hlm.60
[3] Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd.hlm.152
[4]  A.Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad . Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya.. Sumber diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/427/1/1.pdf
[5] Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 406
[6] Tonghak bermaksud satu aliran mazhab agama campuran iaiatu Confuciusisme, Taoisme dan Budhisme. Penganut agama ini melancarkan pemberontakan kerana menentang kehadiran pengaruh  asing di Korea terutama kuasa China dan Jepun.
[7] Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 406
[8] Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.162
[9]  Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 407.
[10] Ibid hlm.408
[11] Ibid. hlm, 409
[12] Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.148
[13] Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd. hlm. 97
[14] Ibid. hlm.98
[15] Ibid.hlm.99
[16] Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad (1996), Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya, jurnal Jebat 24 (1996) :3-20. Hlmn 5.
[17]Ibid. Hlmn 6.
[18] M.Rajendran, (1988), Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Penerbit Arenabuku Sdn.Bhd. Hlmn 96
[19] Ibid. Hlmn 97
[20]Ibid. Hlmn 7.
[21] Joginder Singh Jessy, (1978), Sejarah China dan Jepun, Penerbit : Anthonian. Hlmn 272
[22]Abdullah Zakaria Ghazali (etc.) Perang Dunia kedua dalam Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-1963). Kuala Lumpur : Penerbit : Fajar Bakti. Hlmn 406.
[23]M.Rajendran, (1988), Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Penerbit Arenabuku Sdn.Bhd. Hlmn 95
[24] M.Rajendran, (1988), Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Penerbit Arenabuku Sdn.Bhd. Hlmn 105

[25] Khazin Mohd Tamrin, (1972) Perang Rusia - Jepun 1905. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . hlm 26
[26] Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd.hlm.163-164
[27] Ibid. Hlm 105
[28] Khazin Mohd Tamrin, (1972) Perang Rusia - Jepun 1905. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . hlm 28-29
[29] Richard Storry. (1982). Sejarah  Jepun Moden. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.97
[30] Conrad Schirokauer (1978).  A Brief History of Japanese Civilization. London: Harcourt Brace College Publisher. Hlm 210.
[31] W. G. Beasley (1963). The Modern History of Japan. New York: Frederick A. Praeger.  Hlm 112.
[32]  W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 169.
[33] Abu Talib Ahmad (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 182.
[34] Harold M. Vinacke (1959). A History of The Far East In Modern Times.  New York: Appleton Century Crofts Inc. Hlm 404.
[35] W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 170.
[36] W. G. Beasley (1972).  The Meiji Restoration. California: Stanford University Press. Hlm 124.
[37] H. M. Vinacke (1961). A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton Century Crofts Inc. Hlm 408.
[38]  Ibid. hlm. 68.
[39]  W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm  172.
[40]  Ghazali Darusalam  (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hlm 374.
[41]  M. Rajendran (1988).  Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Hlm 69.
[42]  W. G. Beasley (1963). The Modern History of Japan. New York: Frederick A. Praeger. Hlm  153.
[43]  M. Rajendran (1988).  Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku sdn.bhd.  Hlm 70.
[44]  W. G. Beasley (1963). The Modern History of Japan. New York: Frederick A. Praeger. Hlm 152.
[45]  Ibid. Hlm 89.
[46]  Ibid. Hlm 152.
[47]  Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 375.
[48] Ibid. Hlm 73.
[49]  Ibid. Hlm 74.
[50]  M. Rajendran (1988).  Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Hlm 74.

[52]  M. Rajendran (1988).  Sejarah Jepun. Kuala Lumpur. Arenabuku Sdn. Bhd. Hlm 76.
[53]  Marius B. Jansen (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press. Hlm 467.
[54]  M. Rajendran (1988).  Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd.  Hlm 76.
[55] Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam Tamadun Asia . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 374.       
[56]  John F. Horves, Ronald Posner  (1975). Tradition in Transition: The Modernization of Japan. United Kingdom: Macmillian Publisher Ltd. Hlm 70.
[57]  M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Hlm 66.
[58]  Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 372.
[59]  M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun.Kuala Lumpur:Arenabuku Sdn. Bhd. Hlm 65.
[60] Khozin Mohd Thamrin. Perang Rusia Jepun 1905. Sumberi diperolehi daripada  http://journalarticle.ukm.my/546/1/1.pdf pada 4.4. 2014.

[61] M. Rajendran. ( 1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: arenabuku sdn.bhd. hlm. 101
[62] Maswari Rosdi. (1983). Sejarah china dan Jepun Moden 1800-1955. Adabi Publication. Sdn. Bhd. Hlm. 166
[63] Jepun bimbang dengan kuasa Russia di laut Asia Selatan terutamanya India yang merupakan salah satu empayar British yang utama di Asia. India diibaratkan sebagai nadi kepada imperialisme British.
[64] Khozin Mohd Thamrin. Perang Rusia Jepun 1905. Sumberi diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/546/1/1.pdf pada 4 April 2014.
[65] M. Rajendran. ( 1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: arenabuku sdn.bhd. hlm. 165 
[66] M. Rajendran. ( 1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: arenabuku sdn.bhd. hlm. 106
[67] Ibid.
[68] Alexandre Dumas.(1878).The Three Musketeers.London:Broome Street.Hlm 127.
[69] M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd. hlm 105
[70] Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm 98
[71] Ibid. hlm 105

No comments:

Post a Comment