Tuesday, 19 May 2015

Selamat Hari Guru 2015

Salam sayang...

Tahun yang sangat menggembirakan.. as a practicum student we learn more about school.. stress, nangis, sedih dan marah dilalui sepanjang 5 bulan ni,, kini hampir ke penghujungnya,, Alhamdulillah kami dapat menghabiskan sisa-sisa praktikum di sini dengan jayanya,happy sangat sebab dapat sekolah ini. student yang sangat caring about their teacher.. walaupun kelas hujung mereka bukan alang-alang..

Pada 18 Mei 2015, SMKDB telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Alhamdulillah hampir 70% gerak kerja kami laksanakan bermula dari persiapan dewan, kompang dan bungga manggar, gimik, persembahan dan siar raya.. Makanya kami ber-6 la yg bertungkus lumus untuk menggerakkan kerja masing-masing,.. ni haaa senarai tugas kami :-

Akma - Latih budak Dikir Barat daaaaa...
Fifah & Kellie - Persiapan tempat dan hias dewan
Agnes - Siar Raya yakni PA system iaitu jugak technical
Zeti - Bungga Manggar dan Kompang
Aku - Gimik

Alhamdulillah sgt2. abis ja sambutan Hari Guru tu ramai cikgu-cikgu puji.. ramai ucap terima kasih n tahniah sbb berjaya untuk menjadikan Hari Guru ni meriah.. terutama sekali mereka sangat suka dengan gimik sbb dorg teruja nonton short film by pelajar SMKDB bersama guru praktikal.. hahaha, kadang2 gelak sendiri bila igt balik,, abis ja tayangan video tu mesti ada pelajar akan sakat cikgu naqiah,, bila lalu ja kelas mesti dorg akan kata "weii cikgu naqiah berlakon ka".. dialog lain plak " cikgu kurang seringgit ", cikgu nak bungkus GST boleh "'.. pengalaman sangat best bersama krew yang menjayakan gimik tersebut,, Watak utama Adiel dan Daniel,.. Camera Man - Faizal Amri dan Fariz. watak sampingan - Cikgu Akma dan Cikgu Naqiah.



Watak utama untuk gimik ( Daniel dan Adiel )



Barisan guru praktikum - Zeti, Kellie, Qia, Fifah dan Akma



Barisan guru-guru SMKDB dan pelajar


Bersama pelajar yang membuat persembahan Dikir Barat

Cikgu Naqiah



sekian ...