Wednesday, 1 April 2015

Cita-cita dan impian..


Apa itu makna cita-cita dan impian?   


Cita-cita merupakan keinginan, harapan, dan tujuan manusia . Cita-cita juga diertikan sebagai suatu impian dan harapan seseorang akan masa depannya,cita-cita itu adalah tujuan hidup.Cita-cita yang baik adalah cita-cita yang dapat dicapai melalui kerja keras, kreativiti, inovasi, sokongan orang lain dan sebagainya.

Ya, aku sedang menghampiri cita-cita dan impianku..maaf entry ini bukan nak show off semata-mata. Alhamdulillah 20 tahun aku belajar bermulalah dari TABIKA akhirnya sekarang aku menjejakkan kaki di menara gading. Memang agaknya sedari kecil lagi cita-citaku adalah ingin menjadi seorang guru. Ramai kata jadi guru bukan boleh kaya pun.. sentap tak berair mata kot. lantak hang la nak habaq mcm na pun. Memang minat untuk jadi seorang guru dari kecil lagi. Aku suka conteng dinding rumah aku sbb kononnya nak jadi guru la kan. Sampaikan cermin almari pun aku conteng guna gincu mak aku sbb kapur tak ada. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran aku, cita-cita aku makin hampir. Kini aku sedang berpraktikal di SMK Dr Burhanuddin, Taiping, Perak. Rasa seronok sgt bila jadi guru ni. Mana taknya, senang je nak buli student. hihi.. 

Impian aku sedang aku usahakan. Untuk mewujudkan sebuah butik atau brand sendiri bukan perkara senang dan ianya mengambil masa yang sangat lama. Reyna Qatrieyna Collection (RQ) merupakan impian aku sendiri. Tggu nak cari modal ja ni.. yang penting aku kena gapai dulu cita-cita aku skg barulah aku capai impian aku. Impian aku ingin mewujudkan brand sendiri seperti shawl, baju kurung, baju melayu dan InsyaAllah impian aku juga ingin mencipta kosmetik berasaskan brand aku sendiri. 

 Nampak tak entry aku kali ini,, mak aiii, tergugat iman hang ke, hihi.

No comments:

Post a Comment